Monday, October 29, 2012

Teknologi Kail

Secara dasarnya, teknologi merupakan keadaan pengetahuan manusia tentang menggabungkan sumber daya untuk melahirkan produk yang diinginkan, untuk memecahkan masalah, memenuhi keperluan, atau memenuhi keinginan dan memberikan keuntungan.

Teknologi kail adalah kesinambungan melalui percantuman alat-alat memancing seperti mata kail (hook), tali, pengulungan (reel) dan joran (rod) bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan.


Teknologi kail mempunyai perubahan yang amat ketara dari segi material (fizikal) tetapi tidak cukup ketara perubahannya daripada segi peranan atau fungsi teknologi tersebut.


Teknologi kail di Negara Brunei Darussalam adalah setanding dengan teknologi yang ada di negara-negara yang lain. Perkara ini boleh dikaitkan dengan arus kemodenan kerana terdapat kemudahan laman sesawang bagi pengail untuk mendapat maklumat terhadap perkembangan teknologi tersebut.

Mata kail

Struktur mata kail adalah majoriti menyamai dengan hurup (j) dan merupakan alat paling terpenting dalam proses memancing atau mengail, kerana ia adalah tempat bagi menyangkutkan umpan dan tempat bagi ikan akan terkail serta mempunyai lubang di atas bagi proses ikatan tali. Saiz bagi mata kail adalah beragam mengikuti berbagai-bagai kaedah memancing, ini dilihat akan hasil ikan yang hendak ditangkap biasanya merujuk kepada faktor kekuatan ikan ataupun saiz mulut ikan tersebut besar ataupun kecil.



Evolusi Material Mata Kail.

Dipercayai asal material mata kail adalah daripada tulang dan kayu. Sekarang ia telah berevolusi kepada material high-carbon steel dan stainless steel. Majoriti Pengail Brunei menggunakan material high-carbon steel dan stainless steel kerana ia mudah untuk dijumpai di setiap kedai alat pancing.

    Pegunaan dan Penjelasan.



Tali "Tangsi"

Tali atau tangsi adalah alat kedua yang terpenting dalam proses memancing atau mengail kerana ia merupakan alat penghubung kepada mata kail dan alat bagi proses penarikan kepada hasil
tangkapan.Tali kail boleh dipecahkan kepada 2 jenis iaitu tali utama(main line) dan tali perambut(leaders).

Tali utama adalah tali yang digunakan untuk tujuan tarikan yang memfokuskan terhadap kekuatan tarikan hasil tangkapan merujuk kepada jarak jauh ikan tersebut.Tali perambut adalah tali yang digunakan untuk tujuan bagi menyambung ke mata kail untuk tujuan tarikan yang memfokuskan terhadap ketegangan ikan yang telah terkail.



Evolusi Material Tail Kail.



Di percayai menurut catatan cina bahawa material awal yang digunakan untuk di jadikan tali kail adalah benang sutera. Tetapi sekarang Jenis-jenis tali pancing telah berevolusi kepada dua jenis iaitu Monofilament dan Braided.

Monofilament adalah lebih di kenali sebagai ‘tangsi’ bagi istilah pengail brunei, ia dibuat daripada proses pencantum serat plastik dengan polimer. Majoriti pengail Brunei menggunakan monofilament kerana harganya yang terjangkau.

Braided adalah lebih di kenali sebagai 'nilon' bagi istilah pengail Brunei, ia dibuat dengan proses menjalin atau ditenun melalui serat dari bahan buatan manusia seperti Spectra atau Micro Dyneema, setelah bersatu ini membuatkan hasil yang sungguh kuat daripada tali monofilament ini menyebabkan harganya sedikit mahal berbanding dengan tali monofilament.

Penggunaan dan Penjelasan




Pengulungan (reel) dan Joran (rod)

Struktur Pengulungan
Moden

pengulungan dan joran adalah merupakan alat paling terpenting bagi pengail moden dan ia merupakan alat paling canggih antara mata kail dan tali kerana kedua alat ini seringkali mengali perubahan stuktur fizikal & material mengikut peredaran zaman. Pengulungan (reel) adalah tempat di mana tali akan digulung atau dikeluarkan dalam aktiviti mengail dan ia terletak secara melintang di sisi batang joran.



Joran adalah batang yang dijadikan tempat bagi semua peralatan akan di lancarkan iaitu merujuk 
Gambar hiasan
kepada pengulungan yang tercantum ditepi badan joran yang mengandungi peralatan-peralatan mengail seperti tali, batu kail dan mata kail,joran juga berfungsi sebagai elemen penting bagi seorang pengail untuk mendapat hasil tangkapan yang lumayan seperti faktor kelenturan batang dan kekuatannya.


Pengulungan (Reel)

Terdapat berberapa jenis pengulungan (reel) yang sering digunakan oleh pengail kitani, ianya terdapat 3 jenis reel yang biasanya digunakan, antaranya:-

1.kerikan 

Gambar Hiasan
Kerikan adalah sejenis pengulungan yang popular bagi orang-orang yang mengail di kawasan 
kampong ayer dan pengail laut.material yang sering dijumpai didalam kerikan adalah pelastik dan kayu.


2)Spining reel
spining reel adalah sejenis pengulungan yang popular bagi 
semua golongan pengail brunei sekarang.material yang sering dijumpai didalam spining reel adalah plastik, plastik (Chromed Plated), plastik (Graphite) dan aluminum.
Gambar Hiasan

3)Bait casting reel 

Bait casting reel adalah sejenis pengulungan yang popular bagi golongan sukan memancing di Brunei, material yang sering di jumpai adalah plastik, plastik (Chromed Plated), plastik (Graphite) dan aluminum.
Gambar Hiasan

Joran (rod)
Terdapat berberapa jenis joran (rod) yang sering di gunakan oleh pengail kitani, Secara asasnya, terdapat 2 jenis joran yang biasanya digunakan, antaranya:-


1)Joran antenna
Sangat popular bagi segelintir pemancing kitani kerana struktur yang mudah dibawa kemana saja,
sesuai bagi berbagai kaedah memancing tetapi tidak di dalam kaedah memancing secara menunda (troling).

Struktur Jo
2)Joran sambung

Hampir semua pengail kitani mengunakan jenis joran sambung kerana ia sesuai bagi semua kaedah memancing samaada laut atau sungai kerana ia mempunyai berbagai jenis sambungan seperti satu sambungan sehingga empat sambungan.

Kebanyakan rod masa kini diperbuat daripada bahan material grafit atau fiberglass, atau campuran dari kedua - dua bahan.

Grafit telah digunakan dalam pembuatan rod pada masa kini bagi menghasilkan rod yang lebih ringan, fleksibel dan lebih sensitif yang membolehkan anda “merasa” bila ikan memakan umpan anda

Fiberglass mempunyai ketahanan yang lebih berbanding grafit tetapi tidak mempunyai kesensitifan dan adalah lebih berat dari grafit

Campuran/Komposit merupakan bahan terbaik bagi penghasilan rod, kerana ia mempunyai ciri terbaik dari kedua – dua fiberglass dan grafit. Ia membolehkan rod itu menjadi lebih tahan dan kuat serta ringan, kuat dan sensitif.


No comments:

Post a Comment